KUANTAN, 29 April 2026: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ma̸ut dalam keadaan tragis selepas terperosok di bawah sebuah bas sejurus motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalanga̸n di Jalan Genting Highlands arah menurun, tengah hari tadi.
Mangsa, Mikail Brian Iskandar, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dari bawah bas berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.57 pagi.
Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Komander operasi melaporkan berlaku kemalanga̸n membabitkan sebuah bas dengan motosikal jenis Honda Wave.
“Akibat kemalanga̸n itu, penunggang terperosok di bawah bas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
Pemandu serta penumpang bas dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Jasad ma̸ngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
