Seorang Warganegara Malaysia antara lapan ma̸ut nahas helikopter di Indonesia


JAKARTA, 18 April 2026: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang ma̸ut selepas sebuah helikopter Airbus H130 terhempas di Kalimantan Barat, Indonesia pada Khamis.


Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Basarnas, Edy Prakoso berkata, mangsa warga Malaysia itu adalah seorang daripada enam penumpang pesawat malang tersebut, selain dua kru terdiri daripada juruterbang dan juruteknik.


Menurut pihak berkuasa, rakyat Malaysia yang terkorban dikenal pasti sebagai Patrick Kee Chuan Peng, 67.


Turut ma̸ut dalam nahas itu ialah Kapten Marindra W selaku juruterbang, Harun Arasyid (juruteknik) serta lima penumpang lain iaitu Victor T, Charles L, Joko C, Fauzie O dan Sugito.


Helikopter kendalian Matthew Air Nusantara itu dilaporkan berlepas dari Kabupaten Melawi pada jam 7.34 pagi waktu tempatan sebelum terputus hubungan kira-kira sejam kemudian ketika dalam perjalanan ke Kabupaten Kubu Raya.


Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui lokasi nahas pada petang semalam di kawasan hutan berbukit dengan cerun curam, kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir helikopter dikesan.


Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bhayangkara di Pontianak untuk proses pengecaman dan penyerahan kepada keluarga.


Punca nahas masih dalam siasatan, manakala laporan awal dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan