KUALA NERUS, 18 April 2026: Al-Quran tulisan tangan Nurly Sahirah kini menjadi antara tarikan utama yang dipamerkan di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 (MTHQK) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.
Pameran berkenaan berlangsung sepanjang program yang bermula 13 April lalu di Dewan Arena Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, dengan tema “Kalam Ilahi” dan akan berakhir malam ini.
Penampilan naskhah Al-Quran tulisan tangan itu menarik perhatian pengunjung sebagai satu simbol kecintaan terhadap terhadap al-Quran serta usaha mendekatkan masyarakat kepada kalam Allah SWT.
Allahyarham Nurly Sahirah sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas terlibat dalam satu insiden kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga serta masyarakat setempat. Kisahnya kini terus dikenang sebagai pengajaran kepada orang ramai tentang kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran serta kepentingan menjadikannya sebagai panduan hidup.
Al-Fatihah buat Allahyarham Nurly Sahirah.
