Wanita menyamar peguam direman tiga hari


SETIU, 17 April 2026: Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai melakukan penipuan dengan menyamar sebagai peguam di Mahkamah Majistret Setiu, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris, berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu memperkenalkan dirinya sebagai peguam bagi membolehkan dia berjumpa dengan seorang tahanan di kawasan mahkamah.


Bagaimanapun, suspek kemudiannya mengaku kepada pihak mahkamah bahawa dia hanyalah penjamin dan bukannya peguam kepada tahanan ketika prosiding berlangsung.


Menurutnya, tindakan itu menimbulkan syak dalam kalangan pegawai bertugas sebelum siasatan dijalankan.


Suspek kemudian ditahan di kediamannya di Kuala Terengganu dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan