Fenomena Luar Biasa! Sotong Mendarat Pesisir Pantai Marang, Orang Ramai Berpusu-Pusu Turun Menjala


Kehadiran sotong dalam jumlah luar biasa di pesisir Pantai Seberang Marang mencetuskan fenomena unik apabila orang ramai kini boleh menjala dan mencandat hanya dari tepi pantai.


Menurut penduduk, situasi ini berlaku hampir setiap tahun, namun kali ini jumlah sotong jauh lebih banyak hingga ada individu mampu memperoleh 3 hingga 4 kilogram seorang, dengan keseluruhan tangkapan dianggarkan mencecah 20 kilogram.


Fenomena tersebut menjadi tular di media sosial, sekali gus menarik kehadiran ramai pengunjung yang ingin mencuba nasib mencari rezeki tambahan.


Orang ramai menyifatkan suasana di pantai itu luar biasa meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, malah ada yang sanggup datang berulang kali kerana hasil yang diperoleh agak lumayan untuk kegunaan sendiri.


Kehadiran sotong yang banyak ini dipercayai mula dikesan selepas Aidilfitri, menjadikan tahun ini antara musim paling ‘menjadi’ setakat ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan