Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan polis selepas dipercayai menᵾmbuk seorang wanita hingga cedera parah di hadapan sebuah pasar raya di Mersing, Jumaat lalu.
Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham apabila mangsa cuba mengelak suspek yang sedang melintas jalan ketika memandu.
Akibat serangan itu, wanita berusia 48 tahun mengalami lebam di dahi serta patah hidung.
Suspek berjaya diberkas sekitar bandar Mersing pada awal pagi Sabtu dan hasil ujian mendapati dia positif dadah jenis methⱥmphetⱥmine. Lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan serta Akta Dadah Berbⱥhaya 1952.
Terdahulu, insiden tersebut tular di Facebook menerusi video berdurasi 42 saat yang memaparkan tindakan ganas suspek terhadap mangsa.
Tags
NASIONAL
