Dua beradik dikhuatiri lemⱥs di Sungai Beril, Paka


DUNGUN, 24 Mei 2026: Dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun dikhuatiri lemⱥs ketika mandi bersama rakan-rakan di Sungai Beril, Paka pagi tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.19 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Paka.

Kedua-dua mⱥngsa yang juga merupakan adik beradik dikenali sebagai Mohamad Amir Ashraf Mohd Zuljunaidi, 15, dan Mohamad Aidil Amsyar Mohd Zuljunaidi, 14.

Difahamkan, kedua-dua mⱥngsa dipercayai dibawa arus deras dan tenggelam ketika mandi di sungai berkenaan.

Dua lagi rakan mereka cuba menyelamatkan mⱥngsa namun gagal sebelum kedua-duanya hilang dibawa arus deras dan tenggelam.

Operasi SAR masih diteruskan melibatkan anggota bomba, polis, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lokasi kejadian.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan