KUALA TERENGGANU, 24 Mei 2026: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengeluarkan kompaun terhadap penganjur sebuah program hiburan di sini selepas didapati melanggar syarat dan garis panduan ditetapkan.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah.
Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat, berkata tindakan diambil selepas pihaknya meneliti penganjuran program tersebut termasuk susulan penularan video memaparkan aksi “terkinja-kinja” yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menurutnya, kompaun dikeluarkan kerana terdapat pelanggaran syarat lesen hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.
Beliau berkata MBKT memandang serius sebarang pelanggaran syarat penganjuran dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penganjur yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Tags
DALAM NEGERI
