Dua lelaki mⱥut tertimbus dipercayai sedang melombong emas


JELI, 21 Mei 2026: Dua lelaki ditemukan mⱥut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing sungai dipercayai ketika menjalankan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, dekat sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi individu dilaporkan terselamat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sembilan anggota dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


Menurutnya, operasi berdepan kesukaran kerana laluan ke kawasan ladang sempit dan mencabar sehingga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Toyota Hilux untuk memasuki lokasi kejadian.


“Hasil pemeriksaan mendapati dua mⱥngsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi kira-kira dua meter di kawasan anak sungai,” katanya.


Mⱥngsa pertama ditemui pada jam 9.25 malam manakala mⱥngsa kedua ditemukan kira-kira jam 11.18 malam. Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu disahkan mⱥut di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan