SEREMBAN, 21 Mei 2026: Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amⱥng sɇksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Tertuduh, 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ab Rashid.
Mengikut pertuduhan, wanita itu yang juga guru kelas didakwa melakukan amⱥng sɇksual fizikal termasuk sɇks orⱥl terhadap mⱥngsa di beberapa lokasi sekitar Seremban 2 antara September tahun lalu hingga April lalu.
Selain itu, tertuduh turut didakwa menunjukkan gambar alat sulit menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta mⱥngsa menghantar gambar sama bagi tujuan sɇksual.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut beberapa seksyen di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Sɇksual Terhadap Kanⱥk-Kⱥnak 2017 serta Kanun Kesɇksaan yang memperuntukkan hukuman penjara, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin selain suami serta menetapkan 7 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
