BESUT, 26 Mei 2026: Polis menahan seorang guru lelaki berusia 42 tahun bagi membantu siasⱥtan berhubung dakwaan salah laku seksuⱥl membabitkan dua pelajar di daerah ini.
Suspek ditahan di kediaman keluarganya di Besut kira-kira jam 3.25 petang tadi selepas polis menerima dua laporan daripada pelajar terhadap guru berkenaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Menurutnya, kes disiasⱥt mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksuⱥl Terhadap Kanak-kanⱥk 2017.
Dalam perkembangan berasingan, dakwaan kes salah laku seorang guru di Daerah Setiu yang tular ketika ini masih dalam tindakan siasatan pihak kementerian.
JPN Terengganu memaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tags
DALAM NEGERI
