Masuk Genting Highlands kena tol bermula 28 Mei, kereta & van caj RM5


KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025: Semua pengguna jalan raya yang memasuki Genting Highlands bakal dikenakan caj jalan bermula 28 Mei ini menerusi pelaksanaan baharu oleh Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB).

Menurut LCSB, bayaran akan dikutip di Pintu Masuk Genting Highlands di Genting Sempah dan Pintu Masuk Gohtong Jaya menerusi dua fasa pelaksanaan iaitu bermula 28 Mei dan 28 Jun 2026.

Bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta dan van, caj dikenakan adalah RM5 bagi setiap kemasukan, manakala lori sederhana RM15 dan lori berat RM25. Teksi pula dikenakan RM3.30 sementara bas RM5.

LCSB berkata, motosikal, kenderaan kecemasan dan kenderaan persendirian milik penjawat awam yang bertugas di institusi kerajaan di Genting Highlands dikecualikan daripada caj tersebut.

Mulai 28 Jun pula, penduduk tetap Genting Highlands yang layak boleh mendaftarkan sehingga dua kenderaan untuk menikmati kadar istimewa 10 peratus lebih rendah bagi setiap kemasukan menggunakan lorong khas atau sistem pengecaman nombor plat (LPR).

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan pas bermusim selama enam bulan bagi penduduk tetap berdaftar yang membolehkan kemasukan tanpa had sepanjang tempoh sah pas tersebut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan