Ibu pengsan 4 kali lihat anak parah kemⱥlangan


MACHANG, 12 Mei 2026: “Umi pengsan empat kali dalam ambulans ketika teman adik ke hospital,” kata Mohd Shahril Rosli, 28, selepas empat ahli keluarganya parah dalam kemⱥlangan di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai berhampiran Kampung Pek, pagi semalam.

Kejadian itu melibatkan adiknya, Mas Siti Rosnani Rosli, 7, dan Muhammad Muskir Rosli, 14, serta dua anak saudara mereka, Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12.

Menurut Mohd Shahril, ibunya, Hanita Yusoff, 48, tidak mampu menahan sebak melihat keadaan Mas Siti Rosnani yang kini koma akibat pendarahan dalam kepala, koyakan teruk pada paha serta retak tulang punggung.

Katanya, sebelum kejadian, adik-adik dan anak saudaranya enggan ke sekolah terutama Mas Siti Rosnani, namun berjaya dipujuk ibu mereka. Mereka juga keluar rumah lebih lewat daripada biasa dan tidak sempat bersarapan.

Difahamkan, kesemua mⱥngsa menaiki motosikal untuk ke sekolah sebelum terlibat kemⱥlangan dengan sebuah Honda Jazz dipandu seorang guru wanita berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Machang, Azuhar Md Nor berkata, siasatan awal mendapati kemⱥlangan berlaku apabila kereta dari arah Machang ke Kuala Krai bertembung dengan motosikal dinaiki empat beradik itu dari arah bertentangan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan