Kaji kurangkan kuota BUDI95 kepada 150 liter


KUALA LUMPUR: Portal media hari ini melaporkan kemungkinan kuota petrol bersubsidi BUDI95 dikurangkan daripada 200 liter kepada 150 liter bagi menjamin bekalan bahan api negara susulan krisis geopolitik Asia Barat.

Menurut laporan media, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata data menunjukkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan petrol di bawah kadar tersebut, dengan 60 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 150 liter sebulan.

Langkah memperketat syarat subsidi termasuk mengecualikan golongan berpendapatan tinggi dan warga asing turut diteliti bagi sebagai usaha penjimatan penggunaan bahan api.

Beliau berkata program BUDI95 perlu dilihat sebagai alat pengurusan permintaan bagi memastikan bekalan domestik kekal stabil sekiranya krisis global berlarutan.

Katanya, bekalan minyak negara ketika ini dijangka mencukupi sehingga awal Julai, manakala golongan rentan seperti penunggang motosikal dan isi rumah berpendapatan rendah akan terus diberi perhatian.

Kemaskini: Beberapa portal media telah memadamkan laporan susulan dikatakan terdapat ralat dan salah faham berkaitan kenyataan yang dilaporkan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan