Empat kanak-kanak lemⱥs ketika mandi di Jeram Tokong


KUALA NERUS, 12 Mei 2026: Empat kanak-kanak dilaporkan lemⱥs ketika mandi di kawasan Jeram Tokong, Kuala Nerus petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Pusat Gerakan Operasi JBPM Terengganu pada jam 3.11 petang.

Menurut laporan awal, dua mⱥngsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dua lagi kanak-kanak dipercayai masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan.

Operasi melibatkan 12 pegawai dan anggota bomba dengan pencarian tertumpu di permukaan air sekitar lokasi kejadian.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan