Chin Tong kesal kenyataan BUDI95 cetus salah faham


KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, dalam satu hantaran di media sosial hari ini menegaskan beliau tidak pernah mengumumkan had 150 liter sebagai dasar kerajaan bagi subsidi petrol BUDI95.

Menurutnya, kenyataannya ketika sesi perbincangan dalam program anjuran AFFIN Bank pagi tadi telah dilaporkan media di luar konteks sebenar.

Beliau berkata perbincangan itu sebenarnya menyentuh strategi kerajaan menangani krisis tenaga serta kepentingan memastikan bekalan petrol negara mencukupi untuk tempoh panjang.

Katanya, BUDI95 hanyalah mekanisme untuk memahami corak penggunaan rakyat selain membantu usaha penjimatan penggunaan bahan api.

Chin Tong turut meluahkan kekesalan kerana kenyataannya mencetuskan salah faham dan berharap orang ramai memahami konteks penuh perkara yang disampaikan.

Sumber: Liew Chin Tong

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan