KUALA TERENGGANU: Tindakan dipercayai penjaga meninggalkan kanak-kanⱥk lelaki bersendirian di luar panggung wayang mencetuskan pelbagai reaksi warganet selepas satu hantaran tular di media sosial.
Perkongsian itu dibuat pengguna dikenali sebagai Kokanun Redang menerusi kumpulan Gabungan Anak Terengganu.
Menurut dakwaannya, kanak-kanⱥk tersebut dilihat menunggu bersendirian di luar pawagam dipercayai ketika penjaganya sedang menonton wayang.
“Parok sungguh la tinggal anok luor… mok pok masuk dalam wayang tengok movie? Tak sayang / tak takut hilang anok ker? Bahaya wat kijaan lagu nie,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pawagam dalam pusat beli-belah terkemuka di Kuala Terengganu.
Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanⱥk itu selain meminta pihak pengurusan lebih tegas sekiranya berdepan situasi sama pada masa akan datang.
Tidak kurang juga yang meminta orang ramai bersangka baik atas kemungkinan kanak-kanⱥk tersebut keluar sendiri kerana bosan atau mahu ke tandas sebelum tidak kembali semula ke tempat duduk.
Walau bagaimanapun, orang ramai rata-rata masih berpendapat isu keselamatan kanak-kanⱥk kecil tidak boleh dikompromi dan mereka seharusnya sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa.
Tags
DALAM NEGERI
