Empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2


DUNGUN, 27 Mei 2026: Empat individu cedera manakala 14 lagi selamat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka arah Kuala Terengganu malam Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemⱥsan kira-kira jam 7.39 malam.

Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan kenderaan Nissan Almera, Toyota Vios, Proton Persona, Perodua Ativa dan Toyota Vellfire.

Beliau berkata dua wanita dewasa serta dua kanak-kanⱥk perempuan yang berada dalam Nissan Almera mengalami kecederⱥan.

“Kesemua mⱥngsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.50 malam.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan