HULU TERENGGANU: Seorang lelaki berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mendakwa diintai ketika berada di tandas Masjid Kuala Berang baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, pengguna dikenali sebagai WanVegeta mendakwa pelaku dipercayai menggunakan taktik merosakkan dua tandas pertama sebelum menjadikan tandas terakhir sebagai sasaran.
Menurutnya, dia memilih menggunakan tandas terakhir selepas mendapati pintu tandas pertama tertutup dan dipenuhi lubang manakala tandas kedua pula tidak dapat dikunci.
Dia mendakwa menyedari dirinya diintai selepas terlihat bayang ketika berada di dalam tandas sebelum menyergah bagi menakutkan pelaku. Dia kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemukan lubang kecil pada pintu tandas berkenaan.
Video tersebut dimuat naik sebagai peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan tandas awam.
TV: Lelaki pun tak selamat dah sekarang…
Tags
DALAM NEGERI
