Lelaki didakwa guna MyKad orang lain beli RON95 subsidi


KEDAH, 20 Mei 2026: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 13 pertuduhan menggunakan nombor MyKad milik individu lain untuk membeli petrol RON95 bersubsidi, antara Mac hingga April lalu.


Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rohaida Ishak.


Mengikut pertuduhan, lelaki berasal dari Perak itu didakwa menggunakan nombor kad pengenalan milik tiga individu berusia 23, 25 dan 57 tahun bagi membeli kuota petrol subsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).


Perbuatan tersebut didakwa membabitkan pembelian sebanyak 594.459 liter petrol sehingga menyebabkan kuota subsidi bulanan milik individu terbabit terjejas.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas antara 18 Mac hingga 23 April lalu.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan