Lebih 400,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu pada Aidiladha


KEMAMAN, 20 Mei 2026: Lebih 401,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sempena Aidiladha dan cuti persekolahan bermula lusa.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata peningkatan aliran trafik dijangka berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) serta jalan utama di seluruh negeri.


Menurutnya, purata kemasukan harian dianggarkan antara 33,000 hingga 34,000 kenderaan bagi tempoh 22 Mei hingga 3 Jun depan.


Beliau berkata, polis akan melaksanakan Op Lancar secara menyeluruh terutama di lokasi panas bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.


Seramai 500 anggota polis akan ditugaskan di seluruh Terengganu sepanjang tempoh tersebut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan