TUMPAT, 10 Mei 2026: Tiga individu termasuk seorang lelaki warga Jordan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadⱥh dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Pengkalan Haram Masjid Taqwa, Kampung Simpangan, Tumpat, petang semalam.
Dalam operasi kira-kira jam 4.30 petang itu, Pasukan Task Force Batalion 9 PGA Kuala Terengganu mengesan sebuah Mercedes Benz S500L dalam keadaan mencurigakan berhampiran tepi sungai sebelum melihat suspek mengambil beberapa bungkusan plastik dari tebing sungai dan memasukkannya ke dalam kenderaan.
Hasil pemeriksaan menemukan lima bungkusan plastik lutsinar mengandungi bunga gⱥnja disyaki seberat kira-kira enam kilogram. Turut ditahan ialah dua wanita tempatan bersama lelaki warga Jordan terbabit.
Polis turut merampas kereta mewah jenis Mercedes Benz S500L, pakaian serta dokumen peribadi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM630,100.
Siasatan awal mendapati semua suspek mengaku terlibat dalam kegiatan pengedaran dadⱥh, malah seorang wanita dipercayai bertindak sebagai orang tengah mendapatkan bekalan dari Golok sebelum dihantar ke Kuala Lumpur dengan upah RM300 bagi setiap kilogram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadⱥh Berbahaya 1952 sebelum semua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.
