BESUT, 10 Mei 2026: Tragedi kebakaran bangunan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor semalam turut menyebabkan jersi pasukan bola baling sekolah hangus terbakar menjelang kejohanan yang dijadual bermula esok.
Prihatin dengan nasib murid terlibat, ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan segera bagi membantu pihak sekolah membeli set jersi baharu.
Menurut beliau, bantuan itu diberikan selepas menerima permohonan daripada pihak sekolah memandangkan pasukan bola baling tetap perlu beraksi dalam kejohanan bermula 11 Mei ini.
“Kasihan anak-anak nak main,” katanya menerusi perkongsian ringkas di media sosial.
Dalam nada berseloroh, beliau turut memaklumkan hanya singgah seketika di kawasan sekolah untuk menyerahkan sumbangan tanpa memasuki pejabat atau bilik darjah.
Tags
DALAM NEGERI
