Pembonceng mⱥut, penunggang parah motosikal terbabas


KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2026: Seorang lelaki mⱥut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas di Jalan Lapangan Terbang, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, pembonceng motosikal, Muhammad Hasbi Muqri Mohd Amran, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berusia 18 tahun, Ahmad Amin Ahmad Shafie, pula mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan dan kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari rumah menuju ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum motosikal dipercayai hilang kawalan ketika melalui susur lampu isyarat.

Kenderaan itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan tercampak ke kawasan rumput berhampiran Sekolah Sukan Negeri Terengganu. Tindakan susulan dan bedah siasat oleh Unit Forensik HSNZ.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan