KUALA LUMPUR: Seorang lelaki diberkas polis selepas didakwa menyelⱥk kain dan merakam seorang wanita yang sedang menggunakan mesin ATM dalam kejadian di sebuah kiosk ATM di stesen minyak di Danau Kota.
Kejadian itu tular selepas pengguna Threads, @atriaismail89, berkongsi rakaman CCTV memaparkan tindakan mencurigakan suspek terhadap mangsa.
Rakaman berkenaan menunjukkan seorang lelaki menghampiri wanita terbabit sebelum bertindak menyelⱥk kain mangsa dan memasukkan telefon bimbitnya ke bawah kain sebanyak dua kali dipercayai untuk merakam video secara sulit.
Bagaimanapun, perbuatan itu hanya disedari mangsa pada kali kedua sebelum suspek berjaya ditahan polis.
Difahamkan, suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan gangguan seksuⱥl.
Menurut pengguna tersebut, perkongsian rakaman itu dibuat sebagai peringatan dan kesedaran kepada orang ramai, khususnya wanita, supaya lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling agar tidak menjadi mangsa seperti kakaknya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan.
