BESUT, 28 Mei 2026: Seramai lapan orang pengunjung Pantai Bukit Keluang menerima rawatan selepas dipercayai disengat obor-obor ketika mandi-manda dan beriadah di kawasan pantai tersebut.
Insiden itu melibatkan enam panggilan kecemasan yang diterima petugas lifeguard sepanjang operasi pemantauan dijalankan di lokasi berkenaan.
Menurut kenyataan petugas lifeguard, semua mⱥngsa telah diberikan rawatan awal dan dipantau sejurus menerima laporan kejadian.
Bagaimanapun, keadaan kesemua mⱥngsa dilaporkan terkawal dan tiada kecederⱥan serius direkodkan setakat ini.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di pantai serta sentiasa mematuhi arahan keselamatan yang diberikan petugas lifeguard bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Tags
DALAM NEGERI
