PASIR MAS, 30 Mei 2026: Seorang bapa tidak dapat melupakan detik menyayat hati apabila melihat lengan kanan anaknya yang putʉs dan tersangkut pada sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalⱥngan di Jalan Lubok Gong-Jeram Perdah, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada hari pertama Aidiladha itu, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, disahkan mⱥut di lokasi selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Honda Jazz.
Bapanya, Zurul Azli Awang, 48, berkata dia bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan memaklumkan anak sulungnya terlibat kemalangan. Setibanya di tempat kejadian, dia terkejut melihat keadaan anaknya yang mengalami kecederaan parah dengan lengan kanan terputʉs.
Menurut beliau, tragedi itu turut menyebabkan majlis persandingan dua ahli keluarga yang dijadual berlangsung keesokan harinya dibatalkan sebagai menghormati pemergian arwah.
Sementara itu, ibu mⱥngsa, Liza Ariffin, 44, berkata arwah sempat meminta RM5 untuk membeli minuman sebelum keluar beraya bersama rakan-rakan. Katanya, beberapa perubahan sikap yang ditunjukkan anaknya sebelum kejadian turut meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati mⱥngsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
“Keadaan itu menyebabkan motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah Honda Jazz yang berada di laluan yang sah. Mⱥngsa mengalami kecederaan parah dan disahkan mⱥut di lokasi kejadian,” katanya.
Tags
PANTAI TIMUR
