Percutian keluarga berakhir tragedi, peniaga buah lemⱥs di Air Terjun Belukar Bukit


HULU TERENGGANU: Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang peniaga buah ditemui lemⱥs ketika mandi-manda di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang petang Khamis.

Mⱥngsa, Muhammad Zahari Mohd Zain, 26, dari Kampung Kelulut, Marang disahkan meninggⱥl dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata sebelum kejadian mⱥngsa datang ke pusat rekreasi itu bersama kira-kira 20 ahli keluarganya.

Menurutnya, hanya lima individu termasuk mⱥngsa mandi di kawasan air terjun manakala ahli keluarga lain berada di daratan.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemⱥsan menerusi MERS 999 kira-kira jam 4.22 petang sebelum pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi.

“Mⱥngsa berjaya ditemui orang awam namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Jasad mⱥngsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Berang untuk tindakan lanjut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan