Penjawat Awam ditahan bersama senjata api, disyaki miliki dadⱥh


HULU TERENGGANU, 17 Mei: Seorang penjawat awam ditahan selepas polis menemui senjata api dan bungkusan disyaki dadⱥh dalam satu operasi rondaan di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira jam 6.20 petang oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas sebuah Nissan Grand Livina yang dipandu suspek menemukan dua pistol, dua bilah kerambit, sepasang gari serta beberapa paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadⱥh.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Kelantan turut didapati positif methⱥmphetamine selain mempunyai rekod jenayah berkaitan nⱥrkotik.

Siasatan awal mendapati senjata api itu dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki di Jeli, Kelantan.

Reman suspek disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Senjata Api dan Akta Dadⱥh Berbahaya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan