Pasangan mengaku salah cuba persetubʉhan luar nikah


KUALA TERENGGANU, 17 Mei 2026: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas kesalahan melakukan persediaan bagi persetubʉhan luar nikah dalam kejadian di Marang tahun lalu.

Tertuduh lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan pasangannya, pembantu kedai makan berusia 22 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd. Shahril Mat Yusof.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman empat sebⱥtan terhadap kedua-duanya dan menetapkan pelaksanaan hukuman di Penjara Marang pada 7 Jun depan selepas tamat tempoh rayuan.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa berada dalam keadaan mencurigakan di tempat duduk belakang sebuah Proton Wira di belakang pejabat agensi kerajaan di Marang kira-kira jam 10.45 malam pada 4 Disember 2025.

Serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) mendapati kedua-duanya berpakaian tidak sopan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Terengganu 2001 (Pindaan 2022).

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan