Pijak perut, bakar jari anak tiri usia 5 tahun; lelaki disambung reman


DUNGUN, 17 Mei 2026: Tahanan reman seorang pemotong kayu yang disyaki mendera anak lelaki tirinya berusia lima tahun 11 bulan di Kampung Besol, Bukit Besi disambung empat hari lagi sehingga Khamis ini.

Perintah sambungan reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh, berkata lanjutan reman diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanⱥk 2001.

Menurutnya, polis setakat ini telah mengambil keterangan empat individu termasuk seorang kanak-kanⱥk.

Sebelum ini, suspek dipercayai memijak perut dan mencucuh jari anak tirinya menggunakan pemetik api sehingga melecur selepas mendakwa tidak tahan dengan kenakalan mⱥngsa.

Kejadian terbongkar selepas kecederaan itu disedari ibu kandung kanak-kanⱥk berkenaan sebelum laporan polis dibuat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan