Polis tumpaskan Geng Acu curi kabel ECRL


KUANTAN, 19 Mei 2026: Polis berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai “Geng Acu” yang dipercayai terbabit dalam tujuh kes kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sekitar daerah ini sejak Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lima lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun ditahan menerusi beberapa serbuan di Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah antara 28 April hingga 6 Mei lalu.

Menurut beliau, empat suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan mencuri kabel manakala seorang lagi bertindak sebagai pembeli barangan curi tersebut.

“Siasatan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadⱥh. Hasil ujian air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif amphetⱥmine dan methⱥmphetⱥmine,” katanya pada media semalam.

Beliau berkata, tujuh kes kecurian kabel di kawasan Gebeng, KotaSAS dan Panching itu dianggarkan menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah Toyota Innova, kulit kabel ECRL, alat pemotong besi dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan sekitar RM100,000.

Kes disiasat mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk mencuri dan menyimpan barangan curi, manakala polis bersama pihak ECRL akan mempertingkat pemantauan di jajaran projek bagi mengelakkan kejadian berulang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan