Masuk percuma ke Muzium Terengganu sempena Hari Muzium Sedunia


KUALA TERENGGANU, 19 Mei 2026: Orang ramai berpeluang masuk percuma ke Galeri Muzium Negeri Terengganu selama tiga hari bermula semalam, 18 hingga 20 Mei ini sempena Sambutan Hari Muzium Sedunia Peringkat Negeri Terengganu.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan perasmian galeri baharu dikenali sebagai Ujana Tenaga yang akan disempurnakan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang dijadualkam pada hari ini.

Galeri Ujana Tenaga yang dibangunkan bersama PETRONAS mengetengahkan sejarah dan perkembangan industri tenaga di Terengganu serta peranannya dalam memacu pembangunan ekonomi negeri.

Dibina di tapak asal Galeri Petroleum, galeri baharu itu membawa pengunjung menyusuri evolusi sektor tenaga menerusi pelbagai pameran berkaitan warisan industri, inovasi teknologi, kelestarian alam sekitar dan impaknya terhadap masyarakat.

Pengunjung juga bakal menjadi antara individu terawal meneroka galeri berkenaan yang mengangkat kisah perjalanan industri tenaga negeri daripada sejarah lampau hingga menjadi inspirasi masa depan Terengganu.

Galeri Muzium Negeri Terengganu dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Sabtu hingga Khamis.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan