KUALA TERENGGANU, 19 Mei 2026: Seorang remaja lelaki dilaporkan mⱥut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan kereta jenis Volkswagen Golf di Kampung Losong Panglima Perang di sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Menurut saksi kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Volkswagen Golf dari arah bandar Kuala Terengganu menuju ke Muzium Negeri terbabas sebelum melanggar tiang lampu dan memasuki laluan bertentangan. Kenderaan itu kemudian merempuh van yang dinaiki mangsa bersama bapanya.
Bapa kepada mangsa mengalami kecederaan manakala mangsa disahkan mⱥut dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, mⱥngsa merupakan pelajar lepasan SPM dan bakal melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tidak lama lagi.
Mⱥyat mⱥngsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, manakala kes masih dalam siasatan pihak polis.
Tags
DALAM NEGERI
