Pemangku Raja Terengganu rasmi galeri Ujana Tenaga


KUALA TERENGGANU, 19 Mei 2026: KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan pembukaan galeri Ujana Tenaga PETRONAS di Muzium Negeri Terengganu, hari ini.

Pembukaan galeri tersebut menjadi simbol hubungan erat serta kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pembangunan modal insan dan pembudayaan ilmu.

Ujana Tenaga mengetengahkan pendekatan pembelajaran interaktif berkaitan sains, tenaga, teknologi dan kelestarian alam selari dengan perkembangan dunia moden yang dipacu inovasi.

Galeri baharu itu turut membawa pengunjung menyelami sejarah dan perkembangan industri tenaga di Terengganu selain memperlihatkan peranannya terhadap pembangunan ekonomi serta masyarakat negeri ini.

Inisiatif tersebut diharap mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan pelajar, penyelidik dan generasi muda selain menyemarakkan budaya ilmu demi masa depan Terengganu dan negara.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan