Remaja kes tikⱥm pelajar 61 kali didakwa hari ini


KOTA BHARU, 12 Mei 2026: Seorang remaja lelaki yang ditahan reman berhubung kes pembʉnuhan penuntut kolej dengan 61 tikaman di Ketereh akan didakwa di mahkamah pada hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat mengesahkan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, mⱥngsa berusia 19 tahun ditemui meninggal dunia di Kampung Padang Simah, Ketereh dengan 61 kesan tikⱥman pada badan.

Menurut polis, mⱥngsa dipercayai dibunʉh di lokasi lain sebelum mayⱥtnya ditinggalkan di kawasan berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Identiti mⱥngsa kemudian dikenal pasti menerusi semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sementara itu, seorang lagi suspek yang sebelum ini direman telah dibebaskan dengan jaminan polis. Sebelum ini, empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada salah seorang suspek turut ditahan bagi membantu siasatan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan