Acara Superbike Fighter 2.0 bakal gegar Terengganu


KUALA TERENGGANU, 12 Mei 2026: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, dalam satu hantaran di media sosialnya berkongsi selesai menghadiri mesyuarat penyelarasan Program Superbike Fighter 2.0 2026 pagi tadi.

Mesyuarat tersebut melibatkan kelab Superbike Fighter Official bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Pelancongan Negeri, MBKT, PDRM, JPJ, Bomba dan APM bagi memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan.

Program permotoran itu dijadualkan akan berlangsung pada 10 dan 11 Julai 2026 di Litar Drag Gong Badak.

Penganjuran acara tersebut dijangka bakal menggegarkan Terengganu serta memberi impak positif kepada komuniti motorsports dan sektor pelancongan negeri.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan