Suami isteri direman bantu siasatan kes bunʉh pemuda OKU


KOTA BHARU, 17 Mei 2026: Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan kes pembunʉhan seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) lembam yang ditemukan berlumuran darⱥh di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok bulan lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid dengan suspek lelaki direman tujuh hari sehingga Jumaat depan, manakala isterinya direman selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pasangan berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan di Kampung Padang Salim, Peringat kira-kira jam 4.30 petang.

Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kemⱥtian Muhammad Zakir Fikry Mohd. Zainal, 20, yang juga seorang OKU lembam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadⱥh. Suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadⱥh,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit dipercayai rakan kepada mⱥngsa serta dua lagi suspek lelaki yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes sama.

Pada 15 April lalu, Muhammad Zakir Fikry ditemukan dalam keadaan parah dan berlumuran darⱥh di kawasan ladang sebelum disahkan mⱥut ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membʉnuh.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan