Cikgu Zizi terima anugerah Guru Ikon STEM Peringkat Kebangsaan


IPOH, 15 Mei 2026: Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 yang berlangsung Jumaat lalu menyaksikan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong Setiu, Cikgu Zizi ‘Azniza binti Mohd, terpilih menerima Anugerah Guru Ikon (STEM) Peringkat Kebangsaan.

Majlis bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara” itu berlangsung di Kinta Riverfront Hotel & Suites pada 15 hingga 16 Mei dan turut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pengiktirafan tersebut menjadi kebanggaan seluruh warga pendidik serta pelajar di Terengganu susulan kejayaan beliau menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan hasil usaha, dedikasi dan komitmen dalam memperkasa pendidikan STEM.

Kejayaan itu juga diharap dapat menjadi inspirasi kepada warga pendidik untuk terus berusaha melahirkan generasi cemerlang serta memartabatkan dunia pendidikan negara.

Tahniah Cg Zizi

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan