Sukan Air Marang Hidupkan Semula ‘Vibe’ 80-an, Tangkap Itik Jadi Rebutan


MARANG, 4 MEI 2026: Siapa sangka, suasana riuh rendah ala kampung zaman dulu kembali ‘hidup’ di Pantai Kekabu bila Sukan Air Marang tampil dengan sentuhan klasik yang buat ramai throwback ke era 80-an.


Sempena Karnival Candat Sotong Marang 2026, pelbagai permainan tradisional yang dah lama “hilang dari radar” berjaya mencuri perhatian pengunjung. Dari kanak-kanak sampai orang dewasa, semua turun padang, bukan sekadar tengok, tapi join sekali.


Menurut Pengerusi Sukan Air Marang, Mazlan Yusuf, enam acara diperkenalkan sebagai permulaan, antaranya berenang, pukul bantal, panjat tiang licin, tarik tali, titing buluh dan paling havoc… tangkap itik.


“Walaupun acara renang kali ini jarak dekat, kita rancang nak upgrade lagi, mungkin start dari jambatan lama nanti,” katanya.


Tambah beliau lagi, acara tarik tali antara yang paling panas dengan penyertaan lima pasukan yang betul-betul all out, disokong sorakan padu komuniti setempat.


Tapi yang paling mencuri tumpuan sudah tentu acara tangkap itik tak perlu pendaftaran, siapa cepat dia dapat.


“Tak ada syarat, siapa berjaya tangkap itik, boleh bawa balik… berapa banyak pun!” katanya sambil tersenyum.


Program empat hari yang berlangsung dari 30 April hingga 3 Mei itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Razali Idris.


Menurut Razali, penganjuran seperti ini bukan sekadar hiburan, tapi usaha hidupkan semula budaya lama yang makin dilupakan.


“Insya-Allah kita nak jadikan acara tahunan. Tahun depan lagi meriah dengan tambahan sukan lain termasuk untuk wanita,” katanya.


Beliau turut menegaskan semua aktiviti akan terus dijalankan mengikut garis panduan syariat, sambil mengekalkan identiti budaya masyarakat pantai.


Pendek kata, Sukan Air Marang bukan sekadar acara… tapi mesin masa yang bawa orang ramai kembali ke zaman penuh kenangan yang lebih meriah dan lebih padu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan