Terengganu buka peluang biasiswa penuh Pengajian Islam ke Libya


KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2026: Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan biasiswa penuh kepada lima pelajar setiap tahun untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pengajian Islam di Kuliah Dakwah Islamiyyah Tripoli, Libya bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, biasiswa itu meliputi yuran pengajian, penginapan, makan minum serta duit saku sepanjang tempoh pengajian.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada anak Terengganu menyambung pengajian ke luar negara khususnya dalam bidang Pengajian Islam.

Dalam masa sama, permohonan pengajian sesi 2026/2027 turut dibuka untuk bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di beberapa negara termasuk Algeria, Tunisia, Libya, Oman dan Cape Town.

Antara syarat utama ialah pemohon mestilah anak Terengganu, ibu atau bapa merupakan pengundi berdaftar di negeri itu serta berumur tidak melebihi 25 tahun dan masih bujang.

Permohonan dibuka bermula 7 hingga 14 Mei 2026 dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan