La Hot Spring Kenakan Bayaran Sesi Malam Mulai 1 Jun


BESUT, 15 Mei 2026: Pengunjung La Hot Spring perlu membayar caj akses masuk bagi sesi malam bermula 1 Jun 2026.

Menurut makluman yang dikeluarkan, kutipan itu melibatkan waktu operasi dari jam 5 petang hingga 7.30 pagi.

Kadar bayaran dikenakan ialah RM3 bagi dewasa warganegara berusia 13 hingga 59 tahun, manakala bukan warganegara dikenakan RM5.

Bagi kanak-kanak warganegara berusia empat hingga 12 tahun, caj dikenakan RM2 sementara bukan warganegara RM3.

Warga emas, pesara dan OKU pula dikenakan bayaran RM2 bagi sesi malam tersebut.

Pihak pengurusan memaklumkan pelaksanaan caj itu bagi memastikan kemudahan rekreasi berkenaan terus terpelihara, selesa dan berkualiti untuk semua pengunjung.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan