Tragedi lemⱥs di Manir, keluarga terima sumbangan RM4,000 daripada PM


KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2026: Keluarga dua beradik yang dilaporkan lemⱥs di Kampung Jeram, Manir menerima sumbangan berjumlah RM4,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Kahar Abdul Latif ketika menziarahi keluarga berkenaan pada petang semalam.

Menurut beliau, bantuan itu diserahkan kepada nenek mⱥngsa, Esah Salleh, 76, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap tragedi yang menimpa keluarga tersebut.

Katanya, keluarga berkenaan turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak swasta bagi meneruskan kelangsungan hidup, selain komitmen untuk membantu keperluan mereka pada masa hadapan.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua beradik iaitu Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adik tirinya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, dipercayai mandi bersama rakan sebelum dihanyutkan arus deras di sungai berkenaan. Jenazah kedua-duanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan