KUANTAN, 28 Mei 2026: Seorang warga emas patah tangan selepas diserang seekor lembu korban yang tiba-tiba mengamuk ketika program ibadah korban di pekarangan Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mⱥngsa, Sarin Bingun, 67, mengalami patah tulang lengan kiri selepas cuba membantu mengikat kaki lembu berkenaan pada tiang besi berhampiran pagar masjid.
Menurut Sarin, lembu terbabit bertindak agresif dan beberapa kali cuba melepaskan diri sebelum berjaya mencabut dua tiang besi pengikat lalu menyerⱥngnya.
“Saya hanya mampu melaungkan ‘Allah’ beberapa kali apabila lembu itu cuba menyerⱥng lagi. Saya bersyukur haiwan itu berhenti sebelum rakan-rakan datang membantu,” katanya.
Beliau berkata, ketika cuba mengelak serⱥngan, dia terjatuh sebelum ditanduk pada bahagian muka dan lengannya hingga menyebabkan tulang tangan kiri patah.
Difahamkan, seorang lagi petugas turut diserang hingga terperangkap di pagar gelanggang permainan sebelum diselamatkan orang ramai.
Sarin menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan hasil pemeriksaan X-ray mendapati dua tulang lengannya patah.
Sementara itu, Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama melibatkan lembu korban menyerang petugas sepanjang lebih 15 tahun program korban dianjurkan pihak masjid.
Tags
PANTAI TIMUR
