MACHANG, 28 Mei 2026: Seorang wanita mⱥut manakala suaminya cederⱥ parah selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemⱥlangan dengan sebuah kereta di KM29.4 Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mⱥngsa, Yusnita Yusuf, 47, disahkan mⱥut di lokasi selepas dipercayai pulang dari masjid bersama suaminya selesai menunaikan solat sunat Aidiladha.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, kemⱥlangan membabitkan motosikal SYM BX110 dan sebuah Perodua Viva yang bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.
Menurut beliau, suami mⱥngsa berusia 44 tahun mengalami kecederⱥan parah dan kini dirawat di zon merah Unit Kecemasan Hospital Machang.
“Pemandu serta penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederⱥan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tags
PANTAI TIMUR
