90,000 pengunjung dijangka meriahkan Terengganu International Bike Week 2026


KUALA TERENGGANU, 8 Jun 2026: Lebih 90,000 pengunjung termasuk pelancong antarabangsa dijangka membanjiri Dataran Shahbandar sepanjang penganjuran Terengganu International Bike Week (TIBW) 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Jun ini.

Daripada jumlah itu, lebih 15,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dijangka menyertai acara berkenaan, termasuk peserta dari Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Amerika Syarikat dan Jepun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran TIBW dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negeri menerusi peningkatan perbelanjaan dalam sektor pelancongan dan perniagaan tempatan.

Menurut beliau, manfaat itu akan dirasai pengusaha hotel, homestay, restoran, peruncit, penyedia pengangkutan serta usahawan PKS, selain membantu mempromosikan destinasi pelancongan Terengganu kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Terengganu International Bike Week 2026 di Kuala Lumpur. Program itu merupakan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan East Coast Motorcycle Club (ECMC) bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 serta persediaan ke arah Tahun Melawat Terengganu 2027. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan