PUTRAJAYA, 8 Jun 2026: Lima lelaki berumur antara 30 hingga 36 tahun termasuk dua pasangan adik-beradik kekal menjalani hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan mereka terhadap sabitan kes bunʉh seorang pemuda di Besut, Terengganu.
Panel tiga hakim yang diketuai Azman Abdullah sebulat suara memutuskan rayuan kelima-lima lelaki itu tidak mempunyai merit selepas meneliti rekod rayuan dan keterangan saksi, termasuk saksi terlindung yang menyaksikan kejadian tersebut.
Menurut mahkamah, Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini telah membuat penilaian menyeluruh terhadap keterangan yang dikemukakan dan mendapati pembelaan tertuduh bahawa individu lain terlibat menetⱥk mⱥngsa hanyalah dakwaan yang direka kemudian.
Pada 9 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mensabitkan mereka atas kesalahan membunʉh Mohd Sharulanuar Dek Der, 22, di kawasan paya di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut pada 21 Jun 2017. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan berikutan tahap keganⱥsan serta kecederⱥan berganda yang dialami mⱥngsa.
Kes itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan insiden pembakaran motosikal milik ibu saudara salah seorang tertuduh beberapa hari sebelum Aidilfitri.
