TEMERLOH, 21 Jun 2026: Impian seorang anggota tentera untuk disatukan dengan wanita yang dicintainya minggu depan tidak kesampaian apabila tunangnya terkorban dalam kemⱥlangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut dekat Jengka 19, pada Jumaat.
Dalam kejadian itu, bakal pengantin, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya, Dinie Nasuha, 19, disahkan mⱥut di lokasi selepas MPV yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Axia.
Tunang mⱥngsa, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, berkata segala persiapan perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 26 Jun ini sudah siap dan kedua-dua keluarga hanya menunggu hari bahagia tersebut.
Menurutnya, arwah yang dikenali sejak zaman persekolahan sangat teruja menantikan majlis pernikahan mereka, malah sempat membeli selendang untuk dipakai ibunya pada majlis itu beberapa hari sebelum kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kemⱥlangan berlaku apabila MPV berkenaan memasuki lorong kanan ketika memotong motosikal sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.
Seorang lagi pemandu dilaporkan parah, manakala kes masih dalam siasatan.
