15 tan durian percuma, makan sampai puas tapi tak boleh bawa pulang


MANIR, 21 Jun 2026: Seorang peniaga ikan dan buah-buahan di Terengganu menarik perhatian ramai apabila menyediakan 15,000 kilogram durian kampung secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.

Sauffian Sauji, 39, berkata program yang diadakan di cawangan Ikan Flyover Kebor Besar, Manir semalam itu merupakan kali pertama dianjurkannya sejak menceburi bidang perniagaan.

Menurutnya, durian yang dibawa khas dari Melaka, Perak dan Johor itu boleh dinikmati sepuas hati oleh pengunjung, namun tidak dibenarkan dibawa pulang.

Program berkenaan turut diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya, selain sebagai cara berkongsi rezeki dengan masyarakat yang selama ini menyokong perniagaannya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan