PUTRAJAYA, 22 Jun 2026: Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, menerima sambutan rasmi negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Ketibaan beliau pada kira-kira jam 9 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum kedua-dua pemimpin menyaksikan upacara rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.
Lawatan itu dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala melibatkan perdagangan, pelaburan, tenaga, semikonduktor, pertanian, pendidikan dan pengurusan sumber manusia.
Kedua-dua negara turut dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama kebudayaan serta dua Nota Diplomatik membabitkan bidang penyelidikan banteras keganasan dan promosi pelaburan.
Pada 2025, jumlah perdagangan Malaysia-Bangladesh mencecah RM12.18 bilion, menjadikan Bangladesh antara rakan dagang penting Malaysia di rantau Asia Selatan.
